Tahniah Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka!
Ditulis oleh PPD Alor Gajah Jumaat, 27 Januari 2012 19:37
Tahniah Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka!
Warga PPD Alor Gajah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan & ucapan tahniah serta selamat bertugas kepada Tuan Haji Kasim bin Mohamad, Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang baharu bagi menggantikan Dr. Mohamad Nor bin Mohd. Taib yang telah berpindah ke Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini.
Warga PPD Alor Gajah juga merakamkan ucapan syabas kepada Tuan Haji Ab. Lazis bin Jaffar, Pengetua SMK Lubok China yang telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah bagi mengisi kekosongan jawatan yang disandang oleh Tuan Haji Kasim bin Mohamad sebelum ini.
Majlis penyerahan watikah pelantikan mereka telah diadakan di Jabatan Pelajaran Melaka pada jam 3.00 petang tadi (27 Januari 2012) yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Mohamad Yusoff bin Osman, Pengarah Pelajaran Melaka.
Adalah diharapkan dengan lantikan ini, Tuan Timbalan Pengarah dan juga Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah akan lebih erat bersama kita ke arah menjadikan pendidikan di Melaka lebih diberkati, cemerlang, gemilang dan terbilang, Insya-Allah & Amiin.
PINDAAN TEMPAT MESYUARAT KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
Ditulis oleh Unit Pendidikan Islam PPDAG Jumaat, 27 Januari 2012 12:39
Mesyuarat KPPI SR Bil 1/2012 ( PINDAAN TEMPAT MESYUARAT )
Mesyuarat ini akan diadakan pada:
Tarikh: 2 Februari 2012 (Khamis)
Tempat: Dewan SMKA Sultan Muhammad, Bt. Berendam
(Dipinda - Asal: Dewan Bestari)
Masa: 2.00 petang
Semua Ketua panitia Pendidikan Islam (SR) negeri Melaka diwajibkan hadir. Sebarang kemusykilan, sila hubungi Ustaz Kamarudzaman bin Mohd Isa ditalian 2326725.
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW (R) MSS KAWASAN ALOR GAJAH 2012
Ditulis oleh Unit Sukan PPDAG Khamis, 26 Januari 2012 15:22
Kepada Semua Guru Besar SK / SJKC / SJKT / SRA,
Dimaklumkan bahawa SK Tebong dipilih sebagai pengelola kejohanan tersebut. Sehubungan itu, satu mesyuarat pengurus-pengurus pasukan akan diadakan pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 1 Februari 2012 ( Rabu )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tebong.
Surat panggilan boleh diperolehi di PPDAG. Sila bawa bersama borang pendaftaran yang telah lengkap pada hari mesyuarat tersebut.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
KEJOHANAN BOLA TAMPAR (R) KAW. ALOR GAJAH
Ditulis oleh JONIT BIN MARSIN - UNIT SUKAN PPD ALOR GAJAH. Khamis, 26 Januari 2012 13:27
Kepada
Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Alor Gajah
Mesyuarat Pengurus Pasukan Bola Tampar (R) Kawasan Alor Gajah akan diadakan seperti ketetapan berikut
Tarikh : 30 Januari 2012
Tempat : SK Melaka PIndah
Masa : 2.30 petang
Sila muat turun attachment untuk maklumat selanjutnya. Terima Kasih
GARIS PANDUAN PEMASANGAN 1 BESTARINET UNTUK SEKOLAH
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Arifin Ab. Jalil - Unit ICT PPDAG Khamis, 26 Januari 2012 11:06
Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar,
Berikut dipanjangkan Garis Panduan Pemasangan 1BestariNet untuk rujukan dari pejabat PMO-KPM untuk sekolah.
Sekian dimaklumkan, terima kasih
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG ALOR GAJAH 2012
Ditulis oleh JONIT BIN MARSIN - UNIT SUKAN PPD ALOR GAJAH. Khamis, 26 Januari 2012 10:49
Kepada
Pengetua SMK Dato Haji Talib Karim
Sila muat turun attachment untuk tindakan tuan selanjutnya. Terima kasih.
PENGAUDITAN & PEMANTAUAN KESEDIAAN ICT KPM 2012
LAST_UPDATED2 Ditulis oleh Arifin Ab. Jalil - Unit ICT PPDAG Khamis, 26 Januari 2012 10:18
Kepada Pengetua dan Guru Besar Sekolah yang berkenaan,
Dimaklumkan bahawa pihak BTPN Melaka akan menjalankan pemantauan tersebut ke sekolah-sekolah mulai 30 Januari 2012.
Sila muatturun maklumat lampiran di bawah untuk maklumat selanjutnya
MAKLUMAT GURU DAN MURID PRASEKOLAH TAHUN 2012
Ditulis oleh MOHD NOR BIN HJ.OMAR - Penyelia Unit Pengurusan Sekolah (Prasekolah) Khamis, 26 Januari 2012 10:07
Kepada;
Guru Besar Sekolah Rendah Yang Mempunyai Kelas Prasekolah,
Diharap tuan dapat memaklumkan kepada Guru Prasekolah di sekolah tuan untuk memuat turun dan melengkapkan borang maklumat murid dan guru prasekolah mengikut format yang ditetapkan dari portal ini. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah diemailkan semula ke alamat email Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya pada atau sebelum 31 JANUARI 2012.
Segala kerjasama dan perhatian tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Artikel lain...
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL


























